Rampasan RM1.1 Billion. Ini Kenyataan Amar Singh Tentang Rosmah Buat Ramai TAK SABAR

| June 27, 2018 | 0 Comments

Wang Ringgit, Jam Tangan Mewah Mungkin Milik Lelaki, Tetapi Beg Tangan Dan Barangan Kemas ?

Rampasan RM1.1 Billion. Ini Kenyataan Amar Singh Tentang Rosmah Buat Ramai TAK SABAR | Bila ditanya wartawan tentang kemungkinan rampasan bilion ringgit ini ada kaitan dengan Rosmah, ini jawapan Amar Singh yang buat ramai terkedu.

1MDB – ROSMAH AKAN DISIASAT DAN AKAN DIPANGGIL TAK LAMA LAGI

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman sedang menyiasat sama ada isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah antara individu utama dalam siasatan terhadap rampasan barangan melibatkan kes 1Malaysia Development Berhad.

Pengarahnya, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, semua perkara diambil kira termasuk siasatan berkenaan.

“Kita sedang menyiasat perkara itu. Kita akan merakam percakapan (dengan Rosmah) sedikit masa lagi,” katanya dalam sidang media khas mengenai pendedahan rampasan barangan melibatkan kes 1MDB di Menara KPJ di sini, hari ini.

Buat masa ini, pihaknya sedang berusaha untuk mengenal pasti pemilik barangan rampasan berkenaan.

“Ada laporan atau dakwaan mengatakan barangan itu adalah hadiah daripada individu. Kita perlu mengetahuinya sama ada benar ia dihadiahkan dan siapa yang menghadiahkan,” jelasnya.

Justeru katanya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya akan dipanggil tidak lama lagi.

Tambahnya, setakat ini, lebih 30 individu telah diambil keterangan berhubung kes 1MDB. (Sumber: Astro Awani)

NAJIB – SAYA KINI PENGANGGUR

Setelah kehilangan jawatannya sebagai perdana menteri dan meletak jawatan sebagai Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau kini dalam fasa ‘persaraan’.

Dalam satu temuramah bersama Malay Mail, Najib sambil ketawa mengaku beliau kini seorang penganggur dan sedang menganggur.

Menurutnya, buat masa ini beliau mahu berehat dan menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi sebelum memikirkan perihal negara.

Ditanya apakah rancangan selepas ini, Najib berkata, beliau tidak tahu namun akan melihat perkembangan dari semasa ke semasa.

“Tolong beri saya masa, kerana masih awal lagi, tetapi saya akan melakukan apa sahaja yang boleh untuk menyumbang kepada negara kerana negara ini memerlukan orang yang boleh memberikan buah fikiran,” katanya.

Najib mengekalkan kerusi Parlimen Pekan dengan meraih majoriti besar sebanyak 24,859 undi dalam pertembungan empat penjuru pada PRU14.

Sebelum ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman menjalankan pemeriksaan serentak sejak malam Rabu lalu di enam premis, iaitu Pejabat Perdana Menteri, kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya dan kediaman peribadinya di Jalan Langgak Duta serta tiga unit kondominium mewah di Jalan Raja Chulan.

Hasil pemeriksaan itu, polis merampas 284 kotak mengandungi beg tangan pelbagai jenama mewah dan 72 beg berisi barangan kemas, pelbagai jenis mata wang dan barangan berharga.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan Najib ke pejabat agensi anti rasuah itu Selasa depan untuk memberi keterangan berhubung kes SRC International Sdn Bhd, anak syarikat 1MDB. (Sumber: Astro Awani)

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *