Mohammed Tiba2 Jadi Nama Bayi Popular Di Jerman. Lepas Siasat Rupanya Ini Puncanya

| March 21, 2018 | 1 Comment

Mohammed Tiba2 Jadi Nama Bayi Popular Di Jerman. Lepas Siasat Rupanya Ini Puncanya | Khalifah Info – Baru-baru ni rakyat Jerman terkejut apabila mendapati Mohammed merupakan nama bayi paling popular di Jerman, seperti laporan Jabatan Statistik Jerman. Lepas siasatan dibuat, puncanya lebih mengejutkan lagi. Allahuakbar!!

PUNCA NAMA MOHAMMED TIBA-TIBA JADI POPULAR

Nama Mohammed dilaporkan menjadi salah satu nama paling popular bagi bayi lelaki yang dilahirkan di Jerman.

Sejak Canselor Negara, Angela Merkel mengumumkan pembukaan sempadan pada 2015, lebih sejuta pendatang yang kebanyakkan dari negara Syria masuk ke negara itu.

Laman berita Breitbart melaporkan, pertumbuhan populasi itu menjadi faktor dalam peningkatan pemilihan nama Arab.

AGAMA ISLAM BAKAL JADI AGAMA MAJORITI RAKYAT JERMAN

“Dalam masa kurang dari 10 tahun, ia meningkat naik dari kedudukan 97 kepada 26. Manakala, dalam tiga tahun lagi, Mohammed boleh menduduki kedudukan 10 teratas,” kata Ketua Persatuan Bahasa Jerman.

Menurut data terbaru masyarakat bahasa Gesellschaft fur deutsche Sprache (GfdS), statistik untuk 2016 menunjukkan nama Mohammed naik dari tempat ke-41 pada 2015 ke kedudukan ke-26 dalam tahun berikutnya.

Bagaimanapun, data tidak mengambil kira semua variasi ejaan termasuk Mohamad, Mohamed dan Mehmet.

Sementara itu, menurut laporan akhbar Austrian, Kronen Zeitung, data yang disusun menggunakan semua varian baru-baru ini mendapati, Mohammed menempa tempat ketiga berbanding kedudukan kelima sebagai nama paling popular di kalangan bayi lelaki yang lahir di Vienna, lapor Daily Mail.

Sumber: Sinar Harian

LAGI BERITA MENARIK

PROMOSI NUTELLA BUAT RAMAI MERUSUH DI PERANCIS

Tawaran diskaun produk makanan Nutella sehingga 70 peratus telah mencetuskan ‘adegan ganas’ di rangkaian pasar raya di Perancis.

Potongan harga daripada 4.50 euro (RM21.69) kepada 1.40 euro (RM6.75) itu menjadikan orang ramai tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan produk sapuan coklat kacang hazel terkenal di seluruh dunia itu.

Menurut laporan akhbar Le Progres, polis terpaksa campur tangan untuk menyuraikan orang ramai selepas mereka mula bertindak luar kawalan dan saling berebut untuk mendapatkan Nutella yang dihasilkan Ferrero pada 1940-an.

Insiden sama turut dilaporkan di seluruh negara malah ada yang menggambarkan ia seperti ‘rusuhan’. – BBC

Sumber: Sinar Harian

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *