Duduk Makan Sebelah Meja Warga Asing. Perbincangan Mereka Buat Rakyat Malaysia WOW

| March 12, 2018 | 1 Comment

Duduk Makan Sebelah Meja Warga Asing. Perbincangan Mereka Buat Rakyat Malaysia WOW | Khalifah Info – Sementara tunggu flight balik, duduk makan di sebuah restoran dalam airport. Datang sekumpulan warga asing dan duduk meja sebelah. Apa yang mereka bincangkan buat ramai rakyat Malaysia terkejut. Seperti diceritakan oleh FB Khairul Hakimin

DATANG AIRPORT JUMPA CLIENT

Saya sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dalam 6.45 pagi. Kemudian cepat-cepat cari surau dan siap ja terus dapatkan meja di KFC.

Sarapan dan tunggu di situ.

Klien datang dan kami bermesyuarat. Bincang hala tuju sosial media, kemudian banyaknya idea-idea untuk memajukan bisnes mereka. Selesai dalam 11.30 pagi.

Saya mencari tandas dan kemudian duduk kembali di Secret Recipe. Menanti penerbangan balik tengah hari nanti.

TENGAH TUNGGU FLIGHT BALIK, WARGA ASING DUDUK MAKAN SEBELAH

Sedang duduk, datang sekumpulan warganegara mana entah. Wajah mereka putih. Namun ada seorang yang boleh bercakap bahasa melayu.

“Pi duduk, aku beli makan.” Katanya.

Jadi 4-5 orang itu pun duduk. Betul-betul di meja sebelah. Saya sudah pun selesai makan Thai Seafood Spageti. Haha. Dan seperti biasa mahu membawang mendengar apa cerita orang sebelah.

“Makan puas-puas, nak balik jauh. Dah balik nanti habak mai. Jangan tak mai semula pulak.” Kata bos depa (agaknya).

Mereka makan sama-sama.

“Thank you bos, jaga baik kita sudah 3 tahun. Kita balik 1 bulan saja. Nanti balik semula sini.” Kata salah seorang dari mereka.

Bos mereka ini angguk sahaja. Elok saya berpaling memandang, bos itu pun pandang saya.

WARGA NEPAL KERJA KEBUN BUAH PALA

“Depa balik Nepal. Baguih kerjaaaaaaa! Ya Allah suruh ja semua depa buat. Senang dik oi. Kita bayak gaji pun tak jadi nak berkira. Depa buat sungguh-sungguh!”

“Kerja apa bang?” Tanya saya.

“Jaga kebun buah pala. Saya supervisor ja. Taukeh cina. Tapi depa ni kerja jaga buah, proses buah semua. Ini nak balik cuti, dah 3 tahun, bos besaq kasi cuti sebulan.” Jawabnya.

HARMONI MAJIKAN DAN PEKERJA

Sudah mereka makan. Mereka pun bangun dan berpeluk sama-sama. Saya pula jadi terharu. Sungguhlah kalau kita ini kerja betul-betul, jaga hubungan, semua akan jadi harmoni.

Dan suasana itu mesti datang dari 2-2 belah pihak. Di pihak pekerja, buat betul-betul. Di pihak majikan, jaga betul-betul.

Barulah syarikat maju, kaya dan berjaya. Cewah. Haha. Yeye je kan.

Sumber: Khalifah Info via FB Khairul Hakimin

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: KISAH HIDUP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *