Suami Tiba2 Rebah Maut Lepas Solat Subuh. Puncanya Amat MENGEJUTKAN

| January 28, 2018 | 0 Comments

Suami Tiba2 Rebah Maut Lepas Solat Subuh. Puncanya Amat MENGEJUTKAN | Khalifah Info – Pasangan ni pernah viral kerana berkahwin hanya dengan hafalan Surah Ar-Rahman suaminya. Terkini si isteri jadi balu apabila suami tiba-tiba rebah selepas solat subuh. Lepas siasat, puncanya amat mengejutkan. Baca selanjutnya.

SUAMI MAUT TIBA-TIBA

Belum pun masuk dua bulan melayari bahtera rumah tangga, setiap detik yang berlalu buat pasangan pengantin baru biasanya sentiasa manis serta indah.

Tambahan pula pengantin lelaki baru saja menyambut hari lahirnya. Antara hadiah paling bermakna tentulah ucapan kesyukuran daripada seorang isteri.

Namun pada subuh semalam, si isteri tiba-tiba menjadi balu. Suaminya yang juga seorang anggota polis meninggal dunia secara tiba-tiba.

PUNCA KEMATIAN

Sebahagian media melaporkan kejadian itu berlaku ketika si suami, Furkan, bangun tidur untuk menunaikan sembahyang Subuh. Dia tiba-tiba kejang dan kemudian kaku.

Media lain pula melaporkan Furkan menghembuskan nafas terakhir selepas menunaikan sembahyang Subuh.

Kemungkinan besar punca kematian adalah disebabkan serangan jantung.

Kedua-dua mereka diijabkabulkan pada 3 Dis lalu. Mas kahwin yang menyatukan Furkan dan Desi juga sangat sederhana. Satu daripadanya ialah hafalan surah ar-Rahman.

Selain itu Furkan menyediakan satu set barangan kemas, sepersalinan telekung serta wang kira-kira RM98.

Difahamkan Desi ialah gadis dari Aceh yang bertemu dengan Furkan pada 17 Jun 2017. Tidak lama kemudian mereka memutuskan untuk bernikah.

Desi juga lepasan Universiti Islam Indonesia.

Memetik pengakuan Desi, media Indonesia melaporkan suaminya itu tidak mengalami sebarang penyakit atau menunjukkan sebarang tanda mengalami masalah kesihatan.

Sumber : Malaysia Kini

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *